DANA OPERASI BULANAN ANAK YATIM DAN ASNAF PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL AITAM MELAKA

Dimulakan pada:
08 Oct, 2025
DANA OPERASI BULANAN ANAK YATIM DAN ASNAF PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL AITAM MELAKA
95.00%
RM142,498
/RM150,000
7117
penyumbang
269
baki hari

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka diwujudkan pada 1987, diasaskan soleh Almarhum Ustaz Haji Idris Bin Talib. Kini, perjuangan ini diteruskan oleh anaknya, Ustazah Nuha.
Perjalanan yang ditempuhnya bukanlah mudah. Selepas kehilangan ayahanda tercinta, Almarhum Ustaz Haji Idris, beliau sekali lagi diuji dengan pemergian suami yang selama ini menjadi teman seiring sejal...
Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka diwujudkan pada 1987, diasaskan soleh Almarhum Ustaz Haji Idris Bin Talib. Kini, perjuangan ini diteruskan oleh anaknya, Ustazah Nuha.


Perjalanan yang ditempuhnya bukanlah mudah. Selepas kehilangan ayahanda tercinta, Almarhum Ustaz Haji Idris, beliau sekali lagi diuji dengan pemergian suami yang selama ini menjadi teman seiring sejalan dalam menguruskan Darul Aitam. Kini, segala tanggungjawab dipikul di bahu Ustazah Nuha seorang diri, meneruskan perjuangan yang ditinggalkan dengan penuh tabah dan kuat.



Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Melaka ini menjadi tempat perlindungan kepada 70 orang penghuni yang terdiri daripada 15 anak yatim dan lebih 55 orang asnaf yang kini berteduh kasih di sini. Mereka semua dibesarkan, diasuh dan dididik, jauh dari kesusahan hidup yang pernah mereka alami di luar sana. Mereka terima semua yang memerlukan perlindungan, bermula seawal usia 2 bulan sehingga ke 17 tahun.



Kebanyakan daripada mereka datang dalam keadaan serba kekurangan; ada yang kehilangan ibu bapa sejak kecil, ada yang ditinggalkan kerana keluarga tidak mampu, dan ada juga yang datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah. Tapi, di bawah jagaan rumah ini, mereka belajar semula erti kehidupan.



Pihak Darul Aitam sedar bahawa keperluan bagi kesemua 70 orang anak-anak yatim dan asnaf ini menelan kos yang sangat besar. Kos makanan, pakaian, ubat-ubatan, yuran sekolah dan keperluan harian semakin meningkat. Tambahan pula, semakin ramai penghuni yang meningkat usia dan memerlukan kos tambahan untuk persekolahan. Setiap bulan, rumah kebajikan ini memerlukan RM10,000 hingga RM15,000 untuk menampung:


1. Kos makanan harian (sarapan, makan tengah hari, makan malam)

2. Keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, duit poket, yuran dan pakaian.

3. Bil utiliti, elektrik, dan air.

4. Kos pengangkutan membawa anak-anak ke sekolah, dan program di luar.

5. Gaji guru, staf dan warden yang mengajar serta menguruskan anak-anak.



Malangnya, pertubuhan ini tidak mempunyai dana yang tetap. Mereka sudah cuba usaha dengan meniaga secara kecil-kecilan, seperti produk makanan yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal di sekitar Bukit Pegoh, Melaka, serta perniagaan makanan nasi arab yang diusahakan sendiri oleh Ustazah Nuha. Selebihnya, segala operasi hanya bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai.



Jika tiada sumbangan orang ramai secara berkala setiap bulan, masalah-masalah seperti ini akan berlaku:


1. Anak-anak mungkin terpaksa berjimat makan dan hidup dalam kekurangan.

2. Keperluan sekolah dan aktiviti persekolahan tidak dapat dijalankan dengan baik.

3. Kos kesihatan dan keperluan asas mereka akan terabai.

4. Paling membimbangkan, operasi rumah kebajikan boleh lumpuh, dan anak-anak ini bakal kehilangan tempat perlindungan.



Sumbangan orang ramai amat diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup anak-anak ini tidak terjejas. InsyaAllah, setiap RM10 yang disalurkan, menjadi sebahagian daripada makanan mereka hari ini. Setiap RM50, menjadi sokongan untuk pendidikan mereka. Setiap RM100, menjadi penjamin bahawa rumah ini terus berdiri demi masa depan mereka.



“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, anda yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Ustazah Nuha di talian 012-341 6144 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat: KM 12, Jalan Darul Aitam, Bukit Pegoh, Pernu, 75460 Melaka.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

VUN JET
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2026
HAMBA AHAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
AMINNURRASYID BIN AMBAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ PEMBINAAN SURAU BUAT ANAK YATIM DANS WARGA EMAS JARIAH QASEH
RAYUAN INFAQ SINAR BARU UNTUK RUMAH ALLAH
SENASKAH AL QURAN SETIAP KELUARGA UNTUK PERSEDIAAN RAMADHAN 1447H
DANA PEMBINAAN MASJID AL KARIIM
MASJID HARAPAN UNTUK ACEH DAN SUMATERA BANGKIT