Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
Hamba Allah
Semoga sempena hari kejayaan para muslimin dan muslimat ini . Allah mempermudahkan urusan saya dan anak , serta keluarga sy y lain . Semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yang baik untuk semua keluarga seislam . Semoga umat islam menjadi orang-orang yang kaya dpt membantu org lain . Aamiin ya Rabbal 'alamin.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah saya niat kan sadaqah ini atas nama arwah ayahanda saya dan saya doa kan semoga rumah penjagaan warga emas wanita ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t semoga di beri kemudahan dalam setiap urusannya saya doakan.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, semoga niat saya bersedekah ini di berkati dan sedekah ini niat pahala nya saya niat kan kepada arwah ayahanda saya . Semoga rumah penjagaan org tua wanita ini sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t saya doa kan.
Anda mengaminkan doa ini