Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Assalamualaikum, semoga urusan pembelian rumah anak yatim dipermudahkan. doakan maslina mendapat capai target ke Tokyo bulan ni, dalam Takaful yg dis ceburi.doakan maslina mendapat keberkatan, kerahmatan dan kemuliaan hidup, doakan maslina berjaya dalam AIA(takaful) doakan maslina mnjadi kaya raya spya dpt tolong ramai org lagi, doakan maslina dpt bawa kedua org tuanya ke umrah 1 hari nnty🌹 amin🤲🏻
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
AllahumasoliallahsaidinaMuhammad. Semoga kita beroleh keberkatan. Semoga Anak sy Ayden Affan sihat dan dipanjangkan usianya..Doakan sy dpt menjejakkan kaki ke tanah suci mekah bersama suami dan anak2 utk memohon doa pada tempat yg paling mustajab (Raudhah). Mudahkan urusan Hj. Hadi Awang dan abah Mahyuddin utk jaga kami di bumi Malaysia.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doa kan saya sekeluaraga agar di rahmati dan di berkati oleh Allah, di mudah kan melaksankan solat 5 waktu dan rukun islam yang lain , di beri kesihatan yang berkah, di limpah kan rezki yang melimpah ruah agar dapat membantu dengan tiada sebarang halangan kepada anak2 Yatim yang memerlukan tajaan selepas Ini,
1 orang mengaminkan doa ini