Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
ku sedekakah pahala ini kepada orang² yang telah ku zalimi, kedua ibu bapa ku zalimi, suamiku zalimi, anak² ku zalimi keluarga ku zalimi... kerana Allah taala... moga kami di ampuni dan diberikan keberkahan hidup dunia akhirat. amin³ ,terimakasih pada yang mengamin kan, moga kalian juga dimurahkan rezKi dan diringan kan sgl beban yang kalian pikul. insyaallah..amin
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah tolong lah anak² yatim ini dapat tempat berteduh yang tetap. Murahkan rezeki mereka semua dan dipermudahkan segala urusan penganjur dapat mengumpul Dana yang cukup untuk bangunkan sebuah rumah yang terbaik untuk anak² yatim ini. Semoga ada hamba² Mu yg dapat menderma. Ya Allah murahkan rezeki kamiyang menderma dan beri kami kesihatan untuk kami beribadah padaMu. Aamiin³ Ya Robbal 'Alamin.
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya , Allah kurniakan kesihatan yang baik kpd aku, suami serta anak2. Semoga kami sentiasa sihat utk beribadat kepada Mu dan lindungi kami drp sebarang penyakit, musibah dan malapetaka. Tempatka lh kedua ibubapa, abg2 di aras yang paling tinggi iaitu surga Firdausi. Kurniakan rezeki yg berpanjangan kepada kami.
0 orang mengaminkan doa ini