Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen

Maklumat terkini bagi kucing bernama Lily. Untuk makluman sekalian, Lily sedang menghadapi keadaan kritikal. Dan ia sudah tidak mampu untuk bergerak, termasuk makan dan minum.
Apa-apa pun PKPHS hanya mampu beri doa dan bantu sedikit sebanyak kepada Lily dan Tuannya.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Hari ini keadaan Lily kelihatan kurang baik. Lily tidak mampu menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan nya seperti sedia kala.
Lily sekarang menghadapi keadaan simtom paralyzed dan tidak mempu berdiri untuk kencing dan berak. Badan Lily sentiasa perlu dilap bersih sebab badannya setiap kali terkena kencing.

Mohon saudara-saudari sekalian. Doakan lily supaya cepat sembuh dan moga anda masih teruskan memberi sokongan terhadap kempen kami.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Tiada sesiapa pun boleh terasa, bagaimana kesakitan badan yang dialami Lily pada masa sekarang.

Keadaan Lily selepas baru makan ubat nya. Sedih melihat keadaan Lily. Setiap kali diusap badan nya, dia akan terasa sakit sambil mengeluarkan suara meruang...
Hari ini keadaan Lily kurang baik dari sebelumnya. Nafsu makan tidak seperti kala. Dan perlu diberi perhatian sepenuhnya.


Mari kita doakan Lily akan sembuh sepenuhnya. Mohon para penyumbang sekalian teruskan memberi sokongan terhadap kempen kami.
Ikhlas daripada,
PKPHS

Hari ini seperti biasa. Kucing bernama Lily perlu dibantu semasa memberi makanan. Keadaan Lily sekarang seperti separa lumpuh disebabkan saraf tulang belakang nya bercantum.

X - ray yang diambil pada tarikh 24th Januari dari SABAH Animal Medical Centre menunjukkan saraf tulang belakang dalam( bulatan biru) itu, telah bercantum dan ianya menyebabkan pergerakan Lily mengalami gangguan.