Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PELITA HARAPAN SABAH
Dimulakan pada Jan 24, 2022
RM460 / 13.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kenapa Kita perlu bantu Lily, yang hanya seekor kucing? Sebab dalam hidup kita haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia. Bila kita sakit, kita pun perlukan kasih sayang dan ada orang mendengar kesakitan kita. Haiwan seperti kucing pun bernyawa, apa lagi kucing seperti Lily ini seekor kucing yang sangat penyayang dan suka bermain dengan Tuan nya.

Salam saudara-saudari sekalian dan para penyumbang Sumbangan.com. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk bantu kucing bernama Lily mendapat rawatan pembedahan saraf tulang belakang. Lily seekor kucing betina yang berumur 13 Tahun , yang aktif dan penyayang. Kini dia perlu sokongan anda untuk meneruskan kehidupan kerana kos rawatan pembedahan saraf tulang agak mahal.

Lily mula sakit pada 20th haribulan, tengah malam. Keadaan jadi begitu disebabkan kucing ni berumur dan juga kerana terlalu aktif lompat sana sini menyebabkan saraf tulang belakang senang dijangkiti kuman. Masalah saraf tulang dikesan apabila doktor buat x ray melalui pandangan bahagian atas tulang belakang.


Justeru Itu, PKPHS mohon sokong kempen ini agar dapat bantu Lily mendapat rawatan pembedahan dengan kadar segera.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Maklumat terkini bagi kucing bernama Lily. Untuk makluman sekalian, Lily sedang menghadapi keadaan kritikal. Dan ia sudah tidak mampu untuk bergerak, termasuk makan dan minum.
Apa-apa pun PKPHS hanya mampu beri doa dan bantu sedikit sebanyak kepada Lily dan Tuannya.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Hari ini keadaan Lily kelihatan kurang baik. Lily tidak mampu menggerakkan kedua-dua kaki dan tangan nya seperti sedia kala.
Lily sekarang menghadapi keadaan simtom paralyzed dan tidak mempu berdiri untuk kencing dan berak. Badan Lily sentiasa perlu dilap bersih sebab badannya setiap kali terkena kencing.

Mohon saudara-saudari sekalian. Doakan lily supaya cepat sembuh dan moga anda masih teruskan memberi sokongan terhadap kempen kami.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Tiada sesiapa pun boleh terasa, bagaimana kesakitan badan yang dialami Lily pada masa sekarang.

Keadaan Lily selepas baru makan ubat nya. Sedih melihat keadaan Lily. Setiap kali diusap badan nya, dia akan terasa sakit sambil mengeluarkan suara meruang...
Hari ini keadaan Lily kurang baik dari sebelumnya. Nafsu makan tidak seperti kala. Dan perlu diberi perhatian sepenuhnya.


Mari kita doakan Lily akan sembuh sepenuhnya. Mohon para penyumbang sekalian teruskan memberi sokongan terhadap kempen kami.
Ikhlas daripada,
PKPHS

Hari ini seperti biasa. Kucing bernama Lily perlu dibantu semasa memberi makanan. Keadaan Lily sekarang seperti separa lumpuh disebabkan saraf tulang belakang nya bercantum.

X - ray yang diambil pada tarikh 24th Januari dari SABAH Animal Medical Centre menunjukkan saraf tulang belakang dalam( bulatan biru) itu, telah bercantum dan ianya menyebabkan pergerakan Lily mengalami gangguan.
ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2022
HDJDHD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 01, 2022